Saya nasihat Najib cari bini baru orang Iban, seloroh Adenan

  • 8 years ago
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencari bini baru dari kalangan orang Iban.

Beliau berkata begitu ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching sabtu lalu.

Seloroh beliau itu disambut dengan ketawa daripada hadirin dan beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.