MH370: Serpihan Kedua Pesawat Ditemui?

  • 8 years ago
Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi, Khamis lepas.

AFP melaporkan berita itu pada Ahad bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai.

Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui "Flaperon", serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.

Category

🗞
News

Recommended