Video: Adik Neelofa bandingkan Sekolah K'jaan dan Swasta dikecam
  • 8 years ago
Satu rakaman video adik kepada pelakon dan usahawan terkenal Neelofa membandingkan sekolah Antarabangsa dengan sekolah kerajaan dikecam para pelayar internet .

Dalam video berkenaan Adik Neelofa yang mesra dipanggil Ameera itu menyatakan pandangannya tentang kedua jenis sekolah tersebut.

Rata-rata pelayar internetn menganggap apa yang diutarakan oleh Ameera berkenaan agak keterlaluan kerana tidak semua orang mampu sepertinya untuk belajar disekolah yang mengenakan yuran yang tinggi seperti sekolah beliau.

Dalam video tersebut juga Ameera menimbulkan kemarahan apabila ada antara ayatnya memperlekehkan sekolah kerajaan seperti "cikgu sekolah kerajaan buat kerja cincai, kantin, tandas kotor dan makanan tak sedap".