Video adegan letupan bas, penduduk kecam filem Jackie Chan

  • 8 years ago
Penduduk London dikejutkan dengan satu letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth yang berlaku hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.

Mirro.co.uk melaporkan insiden itu berlaku pada 11.30 pagi sebenarnya hanya satu adegan filem terbaru pelakon Jackie Chan yang bertajuk The Foreigner.

Akibat daripada itu, penduduk di London mengkritik babak letupan itu kerana dianggap tidak sensitif dengan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu yang berlaku pada 7 Julai 2005 lalu.

Difahamkan, penerbit filem tersebut hanya menyebarkan notis makluman menerusi Twitter yang menyatakan babak letupan itu dibuat secara terkawal dan dilakukan pasukan kesan khas untuk filem terbabit.