Visual kepala kereta api terbakar di Sungai Gadut

  • 8 years ago
Sekurang-kurangnya 310 orang penumpang kereta api Ekspres Rakyat berdepan detik cemas selepas kepala kereta api yang dinaiki mereka terbakar kira-kira jam 2.20 petang semalam.

Kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Butterworth itu berhenti di atas landasan sebelum api marak di bahagian gerabak menempatkan enjin, namun bomba berjaya memadamkan kebabakaran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis, berkata semua penumpang dibenarkan turun dan berjalan ke Stesen Komuter Sungai Gadut yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.