Video bawa keluarga curi tabung masjid tapi 'kantoi'

  • 8 years ago
satu video cubaan mencuri tabung masjid Jamek Paka, Terengganu tetapi tidak kesampaian tersebar meluas di media sosial.

Namun apa yang menyedihkan kejadian itu dilakukan beberapa indvidi yang dipercayai sebuah keluarga yang datang dengan menaiki sebuah kereta.

Tidak beberapa lama kemudian, suspek dilihat sedang cuba membuka peti tabung masjid namun gagal berbuat demikian setelah perbuatannya itu berjaya disedari oleh seorang lelaki lain yang turut berada di dalam masjid berkenaan.