Visual lelaki alih 'sampah' tengah jalan terima pujian

  • 8 years ago
Satu video memaparkan tindakan murni seorang lelaki yang sanggup mengalihkan 'sampah' atau serpihan alumunium di tengah jalan ke tepi mendapat pujian pelayar internet.

Dalam video berkenaan lelaki yang berbaju gelap dengan bertopi keledar pergi ke tengah jalan yang sibuk sebelum mengalihkan serpihan alumunium yang berada ditengah jalan ke tepi jalan.

Tindakannya itu mendapat pujian para pelayar internet yang mengatakan bahawa ianya seperti tiada apa namun dapat menyelamatkan banyak nyawa.