Video lembu cuba terjun bumbung seperti kucing

  • 8 years ago
Satu video pelik dipaparkan apabila seekor lembu cuba untuk terjun dari bumbung ke bawah seperti yang biasa dilakukan seekor kucing.

Tanpa mengetahui bagaimana lembu tersebut boleh berada di atas bumbung itu, namun seperti dijangka tindakan lembu tersebut terjun ke atas bumbung itu akan mengakibatkan bumbung tersebut runtuh.

Video ini mencuit hati para pelayar internet dengan mengatakan lembu tersebut lupa bahawa ia seekor lembu bukan seekor kucing.