Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan
  • 8 years ago
Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.

Dalam akuan sumpah berkanun (SD) semalam, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan tandatangan abangnya di salah satu daripada kertas itu.