Dua maut pertempuran di Tebing Barat

  • 9 years ago
Tentera Israel membunuh dua lelaki Palestin ketika pertempuran di Tebing Barat semalam selepas askar Zionis datang memusnahkan rumah keluarga pejuang yang sedang menjalani hukuman penjara.

Sekurang-kurangnya tiga lagi penduduk Palestin di kem pelarian Qalandia berhampiran Ramallah turut cedera dalam pertempuran paling sengit sejak tujuh minggu lalu.