Pemimpin IS Libya maut serangan udara US

  • 9 years ago
Tentera Amerika Syarikat mendakwa berjaya membunuh pemimpin tetinggi Kumpulan Militan Negara Islam (IS) di Libya dalam satu serangan udara yang dilakukan semalam.

Abu Nabil atau Wissan Najm Abd Zayd al Zubaydi yang maut merupakan antara pimpinan tertinggi IS Libya pernah muncul dalam beberapa video IS yang menunjukkan beliau memancung kepala tawanan.