'Pergi Kelantan dulu sebelum kritik projek penambakan'
  • 8 years ago
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, adalah lebih baik untuk NGO yang 'membuat bising' berhubung projek penambakan tanah yang diluluskan di negeri itu daripada membuat spekulasi mengenai yang belum diluluskan.

Katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang semasa hanya meluluskan 60 ekar untuk penambakan - 35 ekar di Bayan Mutiara dan 25 ekar di Bayan Bayu manakala kerajaan negeri BN sebelum ini meluluskan hampir 50 kali lebih banyak tanah untuk penambakan daripada pentadbiran sekarang.