Jerebu: lebih setengah juta sakit di Indonesia

  • 8 years ago
Tiga kapal milik tentera laut Indonesia masih ditempatkan di Kalimantan Selatan sebagai persediaan memindahkan penduduk walaupun keadaan jerebu semakin pulih di wilayah berkenaan.

Perkara itu diumumkan selepas jumlah penduduk yang dijangkiti penyakit berkaitan pernafasan, berpunca daripada jerebu di wilayah itu kini meningkat melebihi setengah juta orang.