Era Anwar berlalu? MP BN jangan sombong, takbur
  • 9 years ago
PKR membidas MP BN termasuk anggota parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan supaya "jangan sombong dan takbur" ekoran menganggapkan era Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan belanjawan negara "sudah berlalu".

Sebaliknya MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin mengingatkan pemimpin BN bahawa sewaktu Anwar menjadi menteri kewangan, beliau telah membentangkan belanjawan lebihan tahun demi tahun.

Beliau mengulas kenyataan Rahman selaku pengarah komunikasi strategik BN yang mengingatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa isu suaminya merupakan perkara yang dah berlalu dan beliau perlu menumpukan kepada masa sekarang.
Recommended