Pihak polis telah menahan tiga wanita berusia 20-an untuk membantu siasatan akibat daripada sebuah video yang menunjukkan seorang wanita dibelasah oleh dua orang wanita lain yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lepas
Seorang daripadanya ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, di sini manakala, dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, di sini antara 3 hingga 4 pagi tadi. kesemua mereka ditahan reman tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Video berdurasi dua minit 11 saat itu menjadi perbualan hangat di media sosial yang dipercayai akibat penipuan perniagaan secara dalam talian, Selain itu juga, tampil seorang pengguna facebook mengatakan ia berpunca daripada perebutan teman lelaki.