Dewan Rakyat: Kedudukan Ahli Parlimen berubah
  • 9 years ago
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa angota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.

Anggota Parlimen PAS, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.

Tempat duduk PAS kini telah diisi oleh parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.