Update on swine flu

  • 9 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa
sehingga pukul 8.00 pagi, 18 Mei 2009 Bilik CPRC Kebangsaan telah
menerima sebanyak 111 kes yang telah dinotifikasi dari seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, kes yang telah di sahkan positif
influenza A(H1N1) kekal kepada dua (2) orang. 109 kes disahkan
bebas dari Influenza A(H1N1) termasuk tiga (3) daripadanya adalah
penumpang pesawat MH 091.
Kes Pertama yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh berada
dalam keadaan stabil, tidak ada batuk, sakit tekak dan hanya
mengalami demam sedikit. Ujian x-ray dada menunjukkan keputusan
normal. Keluarga beliau di rumah adalah berada dalam keadaan sihat.
Kes kedua yang menggunakan pesawat AK5358 dan dimasukkan di
Hospital Pulau Pinang tidak lagi demam dan sedang meneruskan
rawatan. Ahli keluarga beliau adalah sihat.