Umno: Kuota pencalonan dimansuh

  • 9 years ago
Sistem kuota dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno akan dimansuhkan bagi memudahkan anggota untuk bertanding.

Bagaimanapun, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata syarat tertentu akan ditetapkan kepada mereka yang bertanding.

Hishammuddin adalah pengerusi jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung parti itu pada 13 hingga 16 Oktober depan.

Menurutnya, perkara itu dan kesemua maklum balas daripada akar umbi itu akan dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno minggu depan sebelum dibentangkan kepada Majlis Tertinggi 11 September ini.

Pada masa ini, calon-calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).

Cerita selanjutnya: http://www.malaysiakini.com/news/112176

Recommended