Pangkalan tentera Amerika di Sagamihara, Jepun meletup

  • 9 years ago
Beberapa letupan berlaku di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Sagamihara yang menyebabkannya terbakar.

Seorang penduduk berdekatan berkata beliau mendengar lebih 10 bunyi letupan di gudang depoh am Sagamihara yang berhampiran daerah Kanagawa. Letupan itu disahkan oleh Pentagon yang melaporkan tiada sebarang kecederaan setakat ini.