PKR ajak rakyat sahut cabaran Najib, sertai BERSIH 4

  • 9 years ago
PKR hari ini menyeru seluruh rakyat menyahut cabaran Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menarik balik mandat yang diberikan rakyat kepada beliau dengan menyertai himpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Bercakap kepada pemberita di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini, Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata kehadiran rakyat akan membuktikan bahawa rakyat mahu menarik semula mandat yang diberikan.