Secara Rasmi tiga orang telah terbunuh dalam pertempuran baru-baru ini antara puak Islam dan Buddha di barat Burma iaitu di negeri Rakhine. Kira-kira 300 buah rumah di beberapa buah kampung telah dibakar. Ini adalah keganasan yang serius pertama sejak Jun apabila darurat telah diisytiharkan di Rakhine selepas pertempuran maut antara kedua-dua komuniti ini. Sehingga kini kerajaan Burma enggan mengiktiraf kira kira 800,000 etnik Rohingya sebagai kumpulan etnik dan menafikan kewarganegaraan mereka
Kong Banyol Janoi telah pergi ke negeri Rakhine untuk Asia Calling dan memberikan laporan ini..