PKR desak kerajaan mansuh AP gula

  • 9 years ago
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut kerajaan memansuhkan permit import (AP) gula mentah dan bertapis agar tindakan itu akan mewujudkan persaingan harga dan seterusnya menurunkan harga gula pasaran.

Katanya, dalam keadaan pasaran dunia harga gula mentah yang rendah, lebih banyak syarikat seharusnya diberi peluang untuk mengimport bagi menjadikan harga sekarang lebih murah daripada harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.