Kenaikan tarif elektrik membebankan, kata wargakota

  • 9 years ago
Sebahagian besar rakyat beranggapan keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak hampir 15 peratus atau 4.99sen bagi setiap kilowatt di Semenanjung Malaysia sebagai satu bebanan.

Tinjauan KiniTV mendapati sebahagian besar wargakota kurang senang dengan kenaikan yang dianggap agak tinggi itu dan mahu kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili semalam mengumumkan tarif baru elektrik adalah 38.53sen bagi setiap kilowatt berkuatkuasa 1 Januari depan dan di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen.

Recommended