Khalid Samad: 'Belum masanya Kelantan ada Pilihanraya Kerajaan Tempatan'

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata isu pilihanraya kerajaan tempatan tidak dibangkitkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan kerana pendapatan kerajaan negeri itu masih rendah jika dibanding dengan Selangor dan Pulau Pinang. Beliau berkata sedemikian pada sesi soal jawab forum terbuka anjuran Pemuda KLSCAH (Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor) yang bertajuk 'Bilakah Pilihanraya Kerajaan Tempatan?' .