Ku Li dukacita PERKASA bawa konotasi tak baik

  • 9 years ago
Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membuat kejutan pada perasmian mesyuarat agung PERKASA apabila menyarankan agar kumpulan pendesak Melayu itu bersikap lebih terbuka dalam memperjuangkan keperluan dan hak bangsa Melayu.

Tanpa berselindung, katanya, PERKASA dianggap ultra, radikal, rasis dan tidak
bertanggungjawab oleh setengah masyarakat bukan-Melayu dan lebih mendukacitakan diremehkan, atau diperlekehkan oleh masyarakat Melayu sendiri.

Katanya, dalam negara majmuk hari ini, PERKASA perlu mengembalikan perpaduan rakyat negara ini yang semakin tenggelam.

Recommended