Cina akan pinggirkan BN jika Umno bersikap melampau

  • 9 years ago
Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong hari ini mengingatkan pemimpin Umno supaya menjaga tutur-kata mereka dan tidak berubah menjadi pelampau jika tidak mahu menghadapi risiko kehilangan lebih banyak undi.

Katanya, jika pemimpin Umno kurang berpuas hati dengan pengundi Cina kerana tidak menyokong BN pada pilihan raya umum lalu dan memilih untuk meminggirkan mereka, maka tindakan itu akan menyaksikan terkuburnya masa depan BN.