Ibu Aminulrasyid mahu PM tunaikan janji 'keadilan'

  • 9 years ago
Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis tiga tahun lalu menuntut keadilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil mempamerkan surat daripada Putrajaya yang menjanjikan 'keadilan dan ketelusan' dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anaknya, Norsiah Mohamad berkata tidak ada satu pun janji-janji berkenaan yang telah ditunaikan.