Selangor setuju ambil alih kawalan industri air ikut Akta Wsia

  • 9 years ago
Kerajaan Selangor mencadangkan pelantikan dua orang pentadbir syarikat konsesi air bagi menguruskan perjalanan syarikat berkenaan sebagai syarat memberi kerjasama penuh dengan kerajaan pusat jika pengambilalihan berlaku menerusi akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dua nama dicadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI yang juga bekas setiausaha politiknya Faekah Husin dan President Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamarulzaman.