Pecat k'tangan: Syarikat kafir pun tak buat begini, kata Dr Alif

  • 9 years ago
Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan tindakan menamatkan kontrak mereka sebagai tidak adil dan menganiaya golongan profesiona.

Katanya, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu telah melayan mereka seupama binatang meskipun mereka semua adalah manusia dan beragama Islam.

Semalam PHSB memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.