Sangka MH370 diarah patah balik: Dewan minta penjelasan Rahim

  • 9 years ago
Dewan Rakyat akan meminta penjelasan daripada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abd Rahim Bakri yang pada 26 Mac lalu memaklumkan bahawa pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata demikian ketika menjawap rasa tidak puas hati Lim Lip Eng (DAP - Segambut) yang memberikan kenyataan bercanggah dan mahu mengheret Rahim (BN-Kudat) ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.