Nik Aziz terkilan Karpal tak sempat beri fahaman hudud

  • 9 years ago
Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terkilan kerana tidak sempat memberi pemahaman tentang hudud kepada Pengerusi DAP Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini.

Dalam tulisan di Facebook, Nik Aziz berkata beliau amat yakin, jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang Islam, Karpal Singh tidak akan menolak hukum hudud itu.