'Sultan jemput PERKASA pantau hudud di Brunei'

  • 9 years ago
NGO pendesak Melayu PERKASA hari ini memaklumkan mereka dijemput oleh Sultan Brunei Hassanal Bolkiah untuk membuat pemantauan tentang perlaksanaan hudud di Brunei bermula pada hari Khamis lalu.


Perkara itu diumumkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kepada media selepas menghantar memorandum ucapan tahniah di atas perlaksanaan undang-undang hudud kepada kerajaan Brunei petang tadi.

Ibrahim yang berbesar hati menerima pelawaan itu bagaimanapun tidak memberikan tarikh tepat lawatan itu akan dilakukan.