Undi BN demi jalur lebar lebih baik: Dyana bidas Shabery

  • 9 years ago
Calon BN bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa BN bersedia membantu untuk menambah baik kemudahan jalur lebar di Teluk Intan seperti yang dihasratkan golongan muda di kawasan itu jika mereka memenangi kerusi itu.

Katanya, tidak kira BN atau DAP yang menang, perkhidmatan jalur lebar bukan sahaja di Teluk Intan tetapi malah di seluruh negara perlu ditambah-baik.