Isu 'coklat babi' perlu campurtangan PM, kata PPIM

  • 9 years ago
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kecewa dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung status halal dua produk coklat Cadburry yang dikesan mengandungi DNA babi, bulan lalu.

Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, pengendalian kes berkenaan sejak hari pertama dilihat agak bercelaru dan ini dikhuathiri akan menghakis keyakinan orang ramai kecuali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri campur tangan.