JAIS siasat untuk elak kemungkaran, kata ISMA

  • 9 years ago
Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA mengalu-alukan operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu majlis perkahwinan mengikut adat Hindu pada Ahad lalu, yang disifatkan sebagai "langkah pencegahan" untuk mengelak "kemungkaran".

Pengerusi majlis ulama NGO tersebut, Aznan Hasan berkata, tindakan itu juga menepati syarak kerana JAIS bertanggungjawab bertindak demikian ke atas majlis perkahwinan tersebut, dan juga pengantin peremuan, Zarina Abdullah Majid.