Masjid berciri seni bina China akan dibina di Kuala Lumpur

  • 9 years ago
Malaysia berhasrat untuk menzahirkan sebuah masjid di Kuala Lumpur bercirikan seni bina China tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, pembinaan itu penting kerana terdapat ramai juga penganut Islam di kalangan masyarakat Cina di negara ini di samping, sebagai simbolik hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China sejak 40 tahun lalu.