Penganalisis Politik Dr Maszlee Malik berpendapat punca ramai menteri yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sewajarnya adalah kerana mereka dikelilingi terlalu ramai 'yes man' dan 'pengampu'.
Pensyarah kana di UIA itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memuji "keberanian" kumpulan bersenjata Negara Islam Iraq dan Syiria (ISIL).