Israel kembali bedil Gaza, 10 rakyat Palestin terbunuh

  • 9 years ago
Israel terus membedil Gaza, hari ini yang menyaksikan 10 orang lagi penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh. Ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,822 orang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata lima orang terbunuh di Jabalia di utara, tiga di kawasan sekitar bandaraya Gaza di Zeitun dan Sheikh Radwan, seorang di Nuseirat dan seorang kanak-kanak di bandaraya Rafah di selatan.

Recommended