Gencatan senjata baru, Gaza tenteram seketika

  • 9 years ago
Israel dan Hamas melaksanakan gencatan senjata baharu selama 72 jam di Genting Gaza bermula malam tadi waktu tempatan.

Berikutan perkembangan itu, warga Palestin menikmati ketenangan seketika untuk meneruskan kehidupan seharian selepas pertempuran di antara hamas dan Israel sejak 8 Julai lalu menyaksikan hampir 2 ribu orang dibunuh.

Tentera Israel melaporkan tiada roket dilancarkan ke arah negara itu hari ini dan mereka juga tidak menyasarkan sebarang lokasi di Genting Gaza.Keadaan itu membenarkan rundingan damai disambung semula di Kaherah, Mesir.

Recommended