PERKASA dakwa rakyat S'gor mahu pilihan raya negeri

  • 9 years ago
NGO pendesak Melayu PERKASA mendakwa telah mengadakan tinjauan pendapat pengundi di Selangor dan mendapati majoriti rakyat di negeri itu mahu DUN negeri dibubarkan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan selepas Pakatan Rakyat engkar dengan titah Sultan Selangor supaya menghantar dua nama atau lebih bagi pertimbangan baginda untuk dilantik sebagai menteri besar baru.