Ronda di LRT: Polis arah Unit Amal PAS bersurai

  • 9 years ago
Hasrat Unit Amal PAS yang mahu meronda di stesen LRT Pandan Indah bermula malam semalam tidak kesampaian apabila mereka diarahkan bersurai oleh pihak polis.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad yang meninjau stesen itu, beliau bagaimamanapun sempat membuat tinjauan dan berbincang mengenai keselamatan di kawasan itu bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuddin Saad.

Katanya, selaku ketua PAS Kawasan Pandan, pihaknya akan mengatur satu pertemuan dengan pihak polis untuk membincangkan masalah-masalah keselamatan.