'Majlis Syura PAS sokong jika Wan Azizah berkelayakan'

  • 9 years ago
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din memaklumkan Majlis Syura parti itu dari mula lagi akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor jika beranggapan beliau berkelayakan.

Namun, katanya, PAS mahukan calon yang lebih mampu dan lebih baik dalam memikul amanah itu, sambil menafikan bahawa faktor jantina mempengaruhi keputusan berkenaan.