Kes Allah: Mahkamah benarkan semakan kehakiman SIB

  • 9 years ago
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memohon perisytiharan bahawa ia mempunyai hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka.

Permohonan itu adalah juga untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kalimah Allah tidak terhad di gereja saha dan membolehkan SIB mengimport buku agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Sementara itu, paderi Jerry A Dusing yang menerajui permohonan itu berkata SIB bukan meminta sebarang perubahan tetapi mahu status quo dikekalkan.

Recommended