Malaysia akan rugi besar dengan CGT, kata Ahmad Maslan

  • 9 years ago
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mendakwa cukai keuntungan modal (CGT) yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan GST akan menjejaskan pasaran saham dan juga Amanah Saham Bumiputera.

Katanya, dengan pelaksanaan CGT seluruh negara akan rugi besar kerana ia bakal mewujudkan rantaian ekonomi yang negatif sekali gus meleburkan hasrat penanam modal untuk melabur kerana mereka akan dikenakan cukai sebanyak lima kali.

Recommended