Bekas IGP: Kenalpasti dalang ajak berjihad di Iraq, Syria

  • 9 years ago
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mahu pihak berkuasa supaya mengenal pasti dalang di sebalik ajakan kepada rakyat di negara ini untuk berjihad di luar negara khususnya negara bergolak Islam seperti di Iraq dan Syria.

Bercakap pada Wacana Sinar Harian semalam yang bertajuk 'Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan?, katanya orang awam sepatutnya tidak membabitkan diri dalam sebarang pergerakan 'jihad' antarabangsa dan perlu memahami maksud perkataan itu dengan betul.