New York kesan kes Ebola pertama

  • 9 years ago
Seorang doktor yang baru sahaja kembali ke New York dari Afrika Barat didapati positif dalam ujian Ebola, lapor akhbar New York Times hari ini.

Dr Craig Spencer bertugas bagi sebuah pertubuhan kemanusiaan, 'Doctors Without Borders' di Guinea, iaitu salah satu daripada tiga negara Afrika Barat yang paling teruk dijangkiti Ebola.

Wabak Ebola yang mula tercetus di benua Afrika sejak awal tahun ini telah mengaut 4800 nyawa sehingga kini.