Pembantu ustaz: Individu dalam video lucah bukan Azhar Idrus

  • 9 years ago
Pembantu Ustaz Azhar Idrus, Zulkifli Wahab telah menafikan bahawa individu dalam sebuah video lucah yang tersebar di laman sosial adalah penceramah terkenal itu.

Menurut Zulkifli, video itu muncul daripada niat jahat pihak tertentu bagi menjatuhkan institusi ulama di negara ini secara terancang. Beliau menafikan sekeras-keranya pelaku dalam video yang tersebar luas itu adalah Ustaz Azhar.