Fahmi: Bukan pelajar rempuh, tapi kalau rosak, saya ganti
  • 9 years ago
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol menafikan bahawa mahasiswa universiti itu yang merempuh pagar di kampus berkenaan pada Isnin lalu.

Sambil mengakui terdapat kira-kira 30 peratus daripada hadirin malam itu yang bukan terdiri daripada pelajar, katanya jika benar pagar berkenaan runtuh atau rosak beliau bersedia membayar ganti rugi.