DAP kemuka usul tergempar isu pelarian

  • 9 years ago
Dua anggota parlimen DAP hari ini mengemukakan satu usul tergempar untuk membincangkan mengenai dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera yang mendedahkan mengenai keadaan pelarian di Malaysia.

Berhujah bahawa kerajaan tidak memberi maklum balas mengenai dokumentari bertajuk 'Malaysia's Unwanted' yang disiar empat hari lalu, MP Segambut, Lim Lip Eng dan MP Serdang, Ong Kian Ming menggesa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu.