Serpihan pesawat MAS MH17 bakal dicantum

  • 9 years ago
Serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lalu, akan dicantumkan semula.

Menurut Lembaga Keselamatan Belanda, cantuman serpihan yang dikutip itu adalah untuk siasatan di sebuah pangkalan tentera udara di Belanda.

Semalam, enam lagi keranda yang menempatkan cebisan jasad mangsa tiba di Belanda dan setakat ini masih ada sembilan mangsa yang belum dapat dikenal-pasti.